fewwitt. tertelan telan air liur aku tengok ayam masak merah ni. haha ni aku masak secara suka hati je ni. masuk je ape yang ada.
anda memerlukan:
1. bawang putih + bawang merah + halia. (basic ni) :D korang agak2 la nak pakai banyak mana. nak tumbuk guna lesung batu boleh.. nak blender pun boleh. ikut kesenangan sendiri.
2. ayam.
3. cili giling. (ni pun agak2 nak pakai banyak mana.)
4. kicap manis, kicap masin, sos cili, sos tomato, sos tiram dan air.
5. gula + garam
6. serbuk kunyit
cara-cara:
1. selepas ayam di basuh dengan bersih, perapkan ayam dengan serbuk kunyit + garam. then goreng dalam minyak yang penuh sehingga 2/3 masak. dah siap goreng, alihkan ayam tu dulu ke dalam mangkuk.
2. pakai minyak yang goreng ayam tadi tu dalam 2 or 3 sudu, then tumis 'bahan basic' sampai naik bau.
3. pastu masukkan cili giling. tumis sehingga pecah minyak.
4. haa time ni la masukkan segala kicap2 dan sos2, air sikit dan ayam yang di goreng tadi. masak sehingga kuah jadi pekat. then siap!
selamat mencuba! hihi
2 komen cinta hati saya:
pandai massaaakkk...da bole kawin nie..=)
@ririn aieza
ngee~ duit tak cukup lagi untuk kawen. :D nway thanx! ;)
Post a Comment