Thursday, February 7, 2013

Pullman Lake Putrajaya



 Hai. :)

Sebenarnya pergi sini sebab ada Family Day Perbadanan Putrajaya.. Memandangkan aku ni dua beradik je. Dan kami pun dah besar panjang, adalah tidak molek kami join permainan budak-budak yang dianjurkan. Gila apa ye dak aku dengan adik aku join. Haha Kami ni sampai situ, amek makanan, terus piknik tepi lake tu. Pemandangan dia awesome!

Orang lain pakai track suit semua. Aku dengan naja pakai jeans. Kami ni pun berjalan lah sekitar Pullman resort tu. CANTIK SANGAT! sesuai kepada sesiapa nak photoshot gambar kahwin ke..orang nak honeymoon ke.. Part paling best naik cruise.Heuheu

Menyampah pulak rasanya tengok pipi yang bagai di pampam. ARGHHHH!


Pullman Resort yaww!   





AMBOIII.

Muka excited nak naik cruise



The view~
Masjid Besi


Naik cruise ni tak silap kena bayar around RM30 seorang. Aku tak berapa ingat. Layanan yang dorang bagi pun tiptop. Dorang bawak kita bersiar around 45 minit pergi balik. Not bad la. Sekali sekala ye dak? :)











Sayang Korang! ^.^

hujan



hai :)

Aku lihat luar..
Pandangan aku kosong..
Hujan membasahi bumi..
Bukan aku menyalahkan takdir..
Bukan! Bukan!
Kerana aku tahu, ini sudah tertulis sejak dulu lagi.

Melihat hujan ini,
kadang kala gerimis,
kadang kala lebat..
Kemudian muncul lah sang pelangi.
Bukankah itu pun ada dalam kehidupan kita?
Maka aku tak perlu resah.
Kerana aku tahu, pelangi itu akan muncul satu hari nanti.

Hati ini sesak..
Aku cuba kutip sisa sisa yang ada.
Bukan aku tidak mampu..
Tapi aku masih lelah dengan apa yang terjadi.
Aku teruskan melangkah.
Tidak laju..setakat apa yang aku mampu.
Kerana aku tahu, dia sedang menanti aku disana. :)



Sayang Korang! ^.^