Thursday, December 19, 2013

Sekian Lama.

Ambui. Lamanya tak update kat sini kan. Hihi Maaf. Ada masa aku sibuk, ada masa aku on lappy, tapi tak tahu nak taip apa (kecuali kalau ada assignment.). Mood menaip tetiba datang hari ni. So hai semua! :)

Apa yang terjadi kat dunia blog sekarang eh? Aku sendiri dah lama tak blogwalking, join giveaway semua. Alaaaa rindu pulak haa. InsyaAllah bila ada kelapangan aku jalan jalan macam dulu. :) Aku sekarang ni pun tengah sibuk dengan test bagai. Next week dah study week. Next other week pulak final exam. Stress jugak rasa. Korang doakan untuk aku eh.

Err err.. owh! aku dah ada orang baru. Mihmihmih Orang baru yang serba baru gitu. Cewah. Hopefully kali ni kekal. Amin.

Okaylah. Bai korang. :)

New me.




Sayang Korang! ^.^

Friday, March 1, 2013

Review Buku Fixi : Ngeri







Okay. Seperti yang di janjikan ini review untuk Buku Fixi Ngeri. Ni adalah buku pertama aku beli dulu. Awal tahun lepas tak silap. Hehe

Sinopsis ringkas Ngeri:
Joanne, Samuel dan Rehan tiga sekawan mahasiswa filem yang bercita-cita besar untuk maju sehingga ke Hollywood. Maka mereka bertiga ni menghasilkan skrip-skrip yang kadangkala tak logik dan selalu ditolak oleh pensyarah mereka. Apa yang lebih mengejutkan, skrip-skrip yang ditolak itu akhirnya menjadi satu pembunuhan yang betul di alam realiti. Saspen kan?


Bagi aku buku ni menarik untuk di baca. Sebab korang akan rasa terkejut siapa yang buat semua pembunuhan ni. haaa. Cool kan? Dengan cover dia yang umph! Haruslah orang akan tertarik untuk membaca dan nak tahu apa isi dalam buku ni.

Btw, buku ni ada sambungan dia (Mangsa).Rate untuk buku ni aku bagi 4/5.  Owh harga Ngeri = RM16. If korang beli kat kedai fixi ada diskaun. :) Korang boleh tengok kat site Buku Fixi ni k.




Sayang Korang! ^.^

Thursday, February 7, 2013

Pullman Lake Putrajaya



 Hai. :)

Sebenarnya pergi sini sebab ada Family Day Perbadanan Putrajaya.. Memandangkan aku ni dua beradik je. Dan kami pun dah besar panjang, adalah tidak molek kami join permainan budak-budak yang dianjurkan. Gila apa ye dak aku dengan adik aku join. Haha Kami ni sampai situ, amek makanan, terus piknik tepi lake tu. Pemandangan dia awesome!

Orang lain pakai track suit semua. Aku dengan naja pakai jeans. Kami ni pun berjalan lah sekitar Pullman resort tu. CANTIK SANGAT! sesuai kepada sesiapa nak photoshot gambar kahwin ke..orang nak honeymoon ke.. Part paling best naik cruise.Heuheu

Menyampah pulak rasanya tengok pipi yang bagai di pampam. ARGHHHH!


Pullman Resort yaww!   





AMBOIII.

Muka excited nak naik cruise



The view~
Masjid Besi


Naik cruise ni tak silap kena bayar around RM30 seorang. Aku tak berapa ingat. Layanan yang dorang bagi pun tiptop. Dorang bawak kita bersiar around 45 minit pergi balik. Not bad la. Sekali sekala ye dak? :)











Sayang Korang! ^.^

hujan



hai :)

Aku lihat luar..
Pandangan aku kosong..
Hujan membasahi bumi..
Bukan aku menyalahkan takdir..
Bukan! Bukan!
Kerana aku tahu, ini sudah tertulis sejak dulu lagi.

Melihat hujan ini,
kadang kala gerimis,
kadang kala lebat..
Kemudian muncul lah sang pelangi.
Bukankah itu pun ada dalam kehidupan kita?
Maka aku tak perlu resah.
Kerana aku tahu, pelangi itu akan muncul satu hari nanti.

Hati ini sesak..
Aku cuba kutip sisa sisa yang ada.
Bukan aku tidak mampu..
Tapi aku masih lelah dengan apa yang terjadi.
Aku teruskan melangkah.
Tidak laju..setakat apa yang aku mampu.
Kerana aku tahu, dia sedang menanti aku disana. :)



Sayang Korang! ^.^

Tuesday, January 15, 2013

Konvo

Olla! :) Owh, sebenarnya ni entry basi. Maaf la. Terperam lama sangat di dalam draft. Tiada kesempatan untuk publish. Aku konvo 6 Disember 2012. Kegembiraan yang susah untuk di ungkap dengan kata-kata. Bercampur baur lah untuk lebih senang bicaranya. Bayangkan,aku tak makan tengahari. Hanya sempat menjamah roti. Bersiap sahaja pagi itu, tunggu kawan lelaki datang ambil di kolej. Kemudian terus ke dewan. Macam terkejar-kejar pun ada juga. Sebab kami tak dapat parking. T_T

Emm, biarlah gambar memainkan peranan sebagai cerita. Boleh bukan? hehe

Banyak betul angka giliran aku. 949. FUHHH.

Tak perlu kata apa2. Aku tahu aku comel apabila bersama ayah.

With my Ibu. <3
With Classmates
Members EC110 :)

Sekarang semua dah berpisah. Zaman belajar diploma adalah kenangan terindah untuk aku. Ada yang dapat sambung awam, ada yang tukar ke bidang lain *aku antaranya* dan ada juga yang dah bekerja. Walau apa pun kita buat sekarang, semoga ikatan persahabatan  kita terus berkekalan sampai bila-bila. :)



notasiku: Khabarnya budak kejuruteraan awam kat penang tu makin ramai ya?



Sayang Korang! ^.^

Monday, January 14, 2013

Exam. Kolej.

Olla! hehe dah baca tajuk di atas? bagus. Aku hanya mampu berharap segala kertas yang telah di hadap mendapat keputusan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Ehem. Dan aku dengar cerita ramai  yang dah habis paper selain UiTM ni. Untung kalian. Tapi untung juga pada aku. Sebab ada gap selama 6 hari sebelum kertas terakhir tu. hihi

Owh, sebenarnya aku masih di kolej. Kenapa? Eh suka hati aku lahhhh. haha K maaf. Sebenarnya saja taknak balik lagi. Nak tunggu keputusan kolej. Lepas tu menghabiskan masa dengan Roommates kesayangan. Betapa aku terlalu menyayangi mereka. Segala apa yang aku rasa dan alami, mereka tahu. Kesakitan, ketakutan dan segala yang sewaktu dengannya. Serius. Aku sayang korang! :') Lepas ni mana ada dah kita dapat borak macam sekarang. Tiada lagi isu-isu kecil yang diperbesarkan sebelum tidur. Tiada lagi syaiton syaiton yang menggeletek kita apabila hendak solat. Hmm..aku dah mula merindui kalian. Walaupun hakikatnya kalian ada di depan ku sekarang ni. :')

KAMI GILA. SILA PERCAYA.

Perancangan aku kalau tak dapat kolej, mungkin tinggal di rumah sewa. Dan kalau tinggal di rumah sewa, aku dapat bawa viva kesayangan. herher Berangan sungguh aku. Takpe kot rasanya. Mana la tahu mimpi menjadi kenyataan. Betul tak? :p


Cuti Semester. Perancangannya aku ingin menghabiskan cuti-cuti dengan membaca novo baru. Jangan tak tahu, elok sahaja habis peperiksaan kelmaren, aku ambil teksi pergi ke seksyen 13. Sorang-sorang. Gigih betul rasanya aku untuk pergi Gravy Baby tu. Ada event buku independent. Anda sedia maklumkan buku apa yang saya baca. hihi  Empat buku juga aku berjaya beli dengan rela hati.

Buku baru. yeayyy!
Maka disini saya mengucapkan selamat bercuti kepada semua budak degree. Moga di penuhi cuti anda tu dengan benda berfaedah. Jangan tidur makan tidur makan je okay? Good night! :)


notasiku: Bakal kesayangan saya di Johor tu sila kerja elok2. Kata mahu berjumpa. Bila? ehhhhhh.

Sayang Korang! ^.^