Thursday, February 7, 2013

hujan



hai :)

Aku lihat luar..
Pandangan aku kosong..
Hujan membasahi bumi..
Bukan aku menyalahkan takdir..
Bukan! Bukan!
Kerana aku tahu, ini sudah tertulis sejak dulu lagi.

Melihat hujan ini,
kadang kala gerimis,
kadang kala lebat..
Kemudian muncul lah sang pelangi.
Bukankah itu pun ada dalam kehidupan kita?
Maka aku tak perlu resah.
Kerana aku tahu, pelangi itu akan muncul satu hari nanti.

Hati ini sesak..
Aku cuba kutip sisa sisa yang ada.
Bukan aku tidak mampu..
Tapi aku masih lelah dengan apa yang terjadi.
Aku teruskan melangkah.
Tidak laju..setakat apa yang aku mampu.
Kerana aku tahu, dia sedang menanti aku disana. :)



Sayang Korang! ^.^

0 komen cinta hati saya: