Monday, January 14, 2013

Exam. Kolej.

Olla! hehe dah baca tajuk di atas? bagus. Aku hanya mampu berharap segala kertas yang telah di hadap mendapat keputusan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Ehem. Dan aku dengar cerita ramai  yang dah habis paper selain UiTM ni. Untung kalian. Tapi untung juga pada aku. Sebab ada gap selama 6 hari sebelum kertas terakhir tu. hihi

Owh, sebenarnya aku masih di kolej. Kenapa? Eh suka hati aku lahhhh. haha K maaf. Sebenarnya saja taknak balik lagi. Nak tunggu keputusan kolej. Lepas tu menghabiskan masa dengan Roommates kesayangan. Betapa aku terlalu menyayangi mereka. Segala apa yang aku rasa dan alami, mereka tahu. Kesakitan, ketakutan dan segala yang sewaktu dengannya. Serius. Aku sayang korang! :') Lepas ni mana ada dah kita dapat borak macam sekarang. Tiada lagi isu-isu kecil yang diperbesarkan sebelum tidur. Tiada lagi syaiton syaiton yang menggeletek kita apabila hendak solat. Hmm..aku dah mula merindui kalian. Walaupun hakikatnya kalian ada di depan ku sekarang ni. :')

KAMI GILA. SILA PERCAYA.

Perancangan aku kalau tak dapat kolej, mungkin tinggal di rumah sewa. Dan kalau tinggal di rumah sewa, aku dapat bawa viva kesayangan. herher Berangan sungguh aku. Takpe kot rasanya. Mana la tahu mimpi menjadi kenyataan. Betul tak? :p


Cuti Semester. Perancangannya aku ingin menghabiskan cuti-cuti dengan membaca novo baru. Jangan tak tahu, elok sahaja habis peperiksaan kelmaren, aku ambil teksi pergi ke seksyen 13. Sorang-sorang. Gigih betul rasanya aku untuk pergi Gravy Baby tu. Ada event buku independent. Anda sedia maklumkan buku apa yang saya baca. hihi  Empat buku juga aku berjaya beli dengan rela hati.

Buku baru. yeayyy!
Maka disini saya mengucapkan selamat bercuti kepada semua budak degree. Moga di penuhi cuti anda tu dengan benda berfaedah. Jangan tidur makan tidur makan je okay? Good night! :)


notasiku: Bakal kesayangan saya di Johor tu sila kerja elok2. Kata mahu berjumpa. Bila? ehhhhhh.

Sayang Korang! ^.^

0 komen cinta hati saya: