Tuesday, January 15, 2013

Konvo

Olla! :) Owh, sebenarnya ni entry basi. Maaf la. Terperam lama sangat di dalam draft. Tiada kesempatan untuk publish. Aku konvo 6 Disember 2012. Kegembiraan yang susah untuk di ungkap dengan kata-kata. Bercampur baur lah untuk lebih senang bicaranya. Bayangkan,aku tak makan tengahari. Hanya sempat menjamah roti. Bersiap sahaja pagi itu, tunggu kawan lelaki datang ambil di kolej. Kemudian terus ke dewan. Macam terkejar-kejar pun ada juga. Sebab kami tak dapat parking. T_T

Emm, biarlah gambar memainkan peranan sebagai cerita. Boleh bukan? hehe

Banyak betul angka giliran aku. 949. FUHHH.

Tak perlu kata apa2. Aku tahu aku comel apabila bersama ayah.

With my Ibu. <3
With Classmates
Members EC110 :)

Sekarang semua dah berpisah. Zaman belajar diploma adalah kenangan terindah untuk aku. Ada yang dapat sambung awam, ada yang tukar ke bidang lain *aku antaranya* dan ada juga yang dah bekerja. Walau apa pun kita buat sekarang, semoga ikatan persahabatan  kita terus berkekalan sampai bila-bila. :)



notasiku: Khabarnya budak kejuruteraan awam kat penang tu makin ramai ya?



Sayang Korang! ^.^

0 komen cinta hati saya: