Tuesday, January 15, 2013

Konvo

Olla! :) Owh, sebenarnya ni entry basi. Maaf la. Terperam lama sangat di dalam draft. Tiada kesempatan untuk publish. Aku konvo 6 Disember 2012. Kegembiraan yang susah untuk di ungkap dengan kata-kata. Bercampur baur lah untuk lebih senang bicaranya. Bayangkan,aku tak makan tengahari. Hanya sempat menjamah roti. Bersiap sahaja pagi itu, tunggu kawan lelaki datang ambil di kolej. Kemudian terus ke dewan. Macam terkejar-kejar pun ada juga. Sebab kami tak dapat parking. T_T

Emm, biarlah gambar memainkan peranan sebagai cerita. Boleh bukan? hehe

Banyak betul angka giliran aku. 949. FUHHH.

Tak perlu kata apa2. Aku tahu aku comel apabila bersama ayah.

With my Ibu. <3
With Classmates
Members EC110 :)

Sekarang semua dah berpisah. Zaman belajar diploma adalah kenangan terindah untuk aku. Ada yang dapat sambung awam, ada yang tukar ke bidang lain *aku antaranya* dan ada juga yang dah bekerja. Walau apa pun kita buat sekarang, semoga ikatan persahabatan  kita terus berkekalan sampai bila-bila. :)



notasiku: Khabarnya budak kejuruteraan awam kat penang tu makin ramai ya?



Sayang Korang! ^.^

Monday, January 14, 2013

Exam. Kolej.

Olla! hehe dah baca tajuk di atas? bagus. Aku hanya mampu berharap segala kertas yang telah di hadap mendapat keputusan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Ehem. Dan aku dengar cerita ramai  yang dah habis paper selain UiTM ni. Untung kalian. Tapi untung juga pada aku. Sebab ada gap selama 6 hari sebelum kertas terakhir tu. hihi

Owh, sebenarnya aku masih di kolej. Kenapa? Eh suka hati aku lahhhh. haha K maaf. Sebenarnya saja taknak balik lagi. Nak tunggu keputusan kolej. Lepas tu menghabiskan masa dengan Roommates kesayangan. Betapa aku terlalu menyayangi mereka. Segala apa yang aku rasa dan alami, mereka tahu. Kesakitan, ketakutan dan segala yang sewaktu dengannya. Serius. Aku sayang korang! :') Lepas ni mana ada dah kita dapat borak macam sekarang. Tiada lagi isu-isu kecil yang diperbesarkan sebelum tidur. Tiada lagi syaiton syaiton yang menggeletek kita apabila hendak solat. Hmm..aku dah mula merindui kalian. Walaupun hakikatnya kalian ada di depan ku sekarang ni. :')

KAMI GILA. SILA PERCAYA.

Perancangan aku kalau tak dapat kolej, mungkin tinggal di rumah sewa. Dan kalau tinggal di rumah sewa, aku dapat bawa viva kesayangan. herher Berangan sungguh aku. Takpe kot rasanya. Mana la tahu mimpi menjadi kenyataan. Betul tak? :p


Cuti Semester. Perancangannya aku ingin menghabiskan cuti-cuti dengan membaca novo baru. Jangan tak tahu, elok sahaja habis peperiksaan kelmaren, aku ambil teksi pergi ke seksyen 13. Sorang-sorang. Gigih betul rasanya aku untuk pergi Gravy Baby tu. Ada event buku independent. Anda sedia maklumkan buku apa yang saya baca. hihi  Empat buku juga aku berjaya beli dengan rela hati.

Buku baru. yeayyy!
Maka disini saya mengucapkan selamat bercuti kepada semua budak degree. Moga di penuhi cuti anda tu dengan benda berfaedah. Jangan tidur makan tidur makan je okay? Good night! :)


notasiku: Bakal kesayangan saya di Johor tu sila kerja elok2. Kata mahu berjumpa. Bila? ehhhhhh.

Sayang Korang! ^.^

Tuesday, December 25, 2012

Books. Buku. Life.

Okay. Lets start this. What do you know about books? Satu bahan bacaan bukan? Ada tak at certain time, korang rasa addicted gila with books especially novels? Aku ingat lagi zaman sekolah menengah dulu novel melayu menjadi pilihan. Siapa tak kenal publisher Alaf 21 dulu ye tak?  kihkih Penulis seperti Aisya Sofea, Aina Emir dan Ramlee Awang Murshid.. they are super tiptop! Aku suka sangat cara penulisan abang RAM kita. Pernah pada satu tahap aku macam excited tak ingat dunia sebab dapat autograf and bergambar dengan beliau. On that time rasa, PEHHHHH! haha


Ni antara buku RAM yang aku ada.
Kenangan ni hoiii! haha

haa itu zaman sekolah menengah aku la. Now dah lain sikit. Sejak umur dah nak masuk 22 tahun ni, I'm more into urban novels. Orang kata buku yang more to issue life sekarang ni. Pernah dengan Buku Fixi? Lejen Press? or Buku Hitam Press? ada lagi beberapa publisher. Cuma buat masa ni, aku baru addapt dengan 3 publisher ni. Their books are totally awesome! The words they used kadang-kadang too sempoi and buat kita santai untuk membaca. Itu yang buat aku suka. Aku recommendkan sangat untuk korang baca buku genre macam ni.

Ni antara collection Fixi. Now dah bertambah banyak. kihkih

Fixi + Lejen Press.


Nampak cool kan buku-buku mereka ni? Mungkin bila ada masa nanti aku cuba review sikit one of the books. Owh ya. Antologi cerpen Bola tu aku ada dua actually. Satu aku beli, satu lagi aku menang contest. And you know what, this book adalah limited copies. Only 1500 copies je tak silap. Haa so I'm one of them. heee oklah, till then. Sesiapa nak kenal this publisher, do check it out at their twitter or facebook. okay sayang? ;)

Sayang Korang! ^.^